Untuk menyatukan umat Islam atas dasar mentawhidkan Allah sepertimana dibuat oleh setiap para Rasul.

Allah ta'ala telah mewasiatkan umat Islam supaya umatnya jangan berbecah belah seperti orang musyrikin.

Kini perpecahan umat berlaku kerana asas-asas tauhid telah diabaikan. Perpecahan
di kalangan umat telah bermula berlaku ratusan tahun sebelum ini. Umat Yahudi dan Nasrani telah dapat mempermainkan serta menghina umat Islam masa kini kerana berlakunya perpecahan umat itu.

Rasulullah sallallahu alai wasallam berpesan
supaya kita mengikut manhaj(sabil) al- Mukminin , iaitu sahabat-sahabat baginda, semoga Allah meredhai mereka semua.

Kami berhasrat hanya untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang sedia ada dalam internet atau dalam buku-buku dari kalangan ulamak yang mengikut manhaj yang sahih ini dalam bahasa Malaysia . Oleh itu kami cuba mengkumpulkan maklumat-maklumat itu dan menyusunkannya dalam bentuk yang mudah untuk dirujuk. Mudah-mudahan dengan cara ini kami dapat salurkan maklumat yang betul,jelas serta berdalil dari Al-Quraan dan As- Assunnah dari kalangan ulamak muktabar dan penuntut ilmu . Sesungguhnya zaman ini adalah zaman kaya dengan maklumat tetapi yang sahihnya terus terbenam serta tertutup di bawah dia'yah dan maklumat yang tidak sahih.Semoga Allah ta'ala membimbing kita ke jalan yang mustaqim.